Kelas Ict: Mereka Kad Ucapan Hari Krismas

16 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Disember 2023, PEDi Bengoh telah mengadakan Kelas ICT iaitu mereka kad ucapan hari krismas 2023 yang disertai oleh 6 orang peserta yang berasal dari komuniti setempat pada sebelah petang. Kelas tersebut berlansung selama dua jam iaitu dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang.

Objektif kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi panduan awal kepada para peserta tentang penggunaan aplikasi yang sedia ada di dalam internet dengan mudah dan lebih menarik. Pada kali ini para perserta adalah diajar menggunakan aplikasi CANVA. Para pelajar berasa sungguh teruja dengan setiap perkongsian yang dibuat oleh pengajar iaitu staff pedi sendiri.

Selain itu, para peserta juga dilatih untuk menggunakan tetikus dengan cara yang betul agar dapat dijadikan alat untuk menggerakkan cursor pada saparan skrin. Di samping itu, kami juga turut berkongsikan tentang semak maklumat yang diperoleh daripada Internet. Hal ini kerana bukan semua maklumat di Internet adalah benar jadi periksa dahulu sebelum guna atau sebar. Terdapat 4 tip keselamatan iaitu pertama sumber. Lihat asal-usul maklumat. Adakah ia boleh dipercayai? Pastikan bahawa sumber maklumat tersebut boleh dipercayai. Tip kedua iaitu memahami apa yang dibaca serta pastikan ianya jelas fakta dan bukanya pendapat. Tip ketiga iaitu selidik buat carian lebih mandalam dan melangkaui sumber asal serta siasat dengan teliti sebelum membuat keputusan dan periksa dan bandingkan dengan pelbagai sumber. Tip yang terakhir menilai cari keseimbangan dengan mengunakan pertimbangan yang saksama, lihat daripada sudut yang berbeza, cari penjelasan daripada sekurang-kurangnya dua pihak mengenai sesuatu perkara.

Kami berharap agar setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kami staf PEDi kongsikan dapat memberi tunjuk ajar kepada anak-anak di masa hadapan.
Sekian, Terima Kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali